Friday, January 25, 2013

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 
_________________________________________________________________________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya
SITI HAJAR 
                                                                                                                
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Wednesday, July 18, 2012

Mana ia cinta...

Kini baru ku sedar yang dia sudah mempunyai insan lain yang lebih baik dari diriku... Aku bersyukur dengan apa yang terjadi agar dia lebih bahagia disisinya... Kini tinggal la aku sendiri meratapi hidup-hidup yang berliku... Apa harus aku lakukan hanya la mampu berdoakan kebahagiannya dan kesejahteraannya... Aku xmampu memberikan kebahagian yang dia ingini... xapa lah... dia gembira aku pun akan gembira... Kita patut bersyukur bahawa orang yang kita sayang hidup bahagia...

Alhamdulilah aku mula kembali ke jalan Nya..aku mula sedar yang diri aku amat menyayanginya tetapi Allah ingin menunjuk yang diri dia terbaik untuk orang lain... aku perlu tabah menghadapi masa-masa kini... andai umurku masih panjang... aku ingin melihat kebahagianya di pelamin kelak..andai aku tidak sempat... aku doakan dia kebahagiaan dan kesejahteraan dirinya... Amin... Ya Allah... aku menyayanginya lebih dari segala-galanya..jika dia bukan jodohku... Kau berikanlah kebahagian kepadanya...itu adalah terbaik untuknya...aku redha dengan apa yang terjadi..aku yang tidak pandai menjaganya...aku lemah Ya Allah..aku cuba buat terbaik untuknya tetapi aku xterdaya Ya Allah...aku ingin menghalalkan hubungan kami Ya Allah..itulah harapan kebahagian yang aku inginkan selama ini Ya Allah tetapi Kau lebih mengetahui apa yang berlaku yang lebih baik untuknya... Ya Allah...maafkan aku Ya Allah..aku banyak berdosa pada Mu Ya Allah...aku redha dengan apa yang terjadi...berikanlah kekuatan agar aku dapat menempuhi segala dugaan Mu Ya Allah...aku Mohon pada Mu Ya Allah... berikanlah kebahagian padanya Ya Allah biarpun nyawaku ditukar ganti... andai aku pergi..Kau ambil la aku dalam keadaan orang yang beriman... Kau ampunilah dosa Ibu bapa ku, dosa dia pada Mu Ya Allah..dosa-dosa keluarga ku dan keluarga dia Ya Allah... jauhilah kami dari api neraka Mu Ya Allah...berkatilah hidup kami ke jalan Mu Ya Allah...Amin Amin Amin...biarpuan aku tidak pandai mengambil hatinya..tetapi mulutku menjadi saksi di Akirat bahawa aku sering tidak putus mendoakan jodoh antara kami dan kesejahteraan kami sekeluarga..aku menganggap keluarga dia seperti keluarga ku...tapi aku terlalu menjaga adab hingga aku tidak rapat seperti orang lain dengan keluarganya...maafkan aku jika aku tidak pandai mengambil hati dia... Ya ALLAH...

Wednesday, April 14, 2010

Rahsia tarikh lahir-Kelemahan & Kelebihan

Di bawah ini saya akan senaraikan kelebihan dan kelemahan diri anda yang dilihat melalui bulan kelahiran anda. Oleh kerana itu, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Jadikan ia sebagai ukuran untuk anda memulakan langkah baru. Ubah kelemahan anda menjadi satu kelebihan. Anda pasti boleh! Melayu boleh!

JANUARI

  • bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • suka smart, kemas dan teratur
  • sensitif, berfikiran mendalam
  • pandai mengambil hati orang lain
  • pendiam kecuali setelah dirangsang
  • agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
  • mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • badan sehat tetapi mudah diserang selesema
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
  • cukup sayang kepada kanak-kanak
  • suka duduk di rumah
  • setia pada segalanya
  • rajin belajar dan kemahiran sosial
  • sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • Berfikiran abstarak
  • Sukakanbenda yang reality dan abstarak
  • Inteligent, bijak dan genius
  • berpersonality yang mudah berubah
  • mudah menawan orang lain
  • agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  • jujur dan setia pada segalanya
  • keras hati untuk mencapai matlamat
  • tidak suka dikongkong
  • mudah memberontak jika dikongkong
  • suka kegiatan lasak
  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • mudah mempamirkan marahnya
  • tidak suka kepada benda remeh temeh
  • suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
  • sangat berani dan suka memberontak
  • bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
  • pemerhatian yang tajam
  • suka hiburan dan sukan
  • suka benda yang bersifat seni
  • sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
  • berkecenderungan kepada benda yang tahyul
  • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

  • Berpersonality menarik dan menawan
  • mudah didampingi
  • sangat pemalu dan pemendam rasa
  • sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • suka pada kedamaian
  • sangat peka kepada orang lain
  • sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • tidak cepat marah dan sangat amanah
  • tahu balas budi dan kenang budi
  • pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • suka berangan-angan
  • suka melancong
  • sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • lelam kabut dalam memilih pasangan
  • suka dengan hiasan rumahtangga
  • punya bakat seni dalam bidang muzik
  • kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.

APRIL

  • sangat aktif dan dinamik
  • cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • punya daya mental yang sangat kuat
  • suka dapat perhatian
  • sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
  • sangat berani dan tiada perasaan takut
  • suka adventure, pengasih,penyayang, sopan santun dan pemurah
  • emosi cepat terusik jika tidak terkawal
  • Berkecenderungan bersifat dendam
  • agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
  • kuat daya ingatan
  • gerak hati yang sangat kuat
  • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • berpenyakit di sekitar kepala dan dada
  • sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati dan degil
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • pemikiran tajam
  • mudah marah jika tidak dikawal
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • perasaan yang sangat mendalam
  • cantik dari segi mental dan fizikal
  • tidak perlu dimotivasikan
  • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • mudah dipujuk
  • bersikap sistematik ( otak kiri )
  • suka berangan
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
  • daya hayalannya tinggi
  • pemikiran yang tajam
  • pandai berdebat
  • fizikal yang baik
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • tidak berapa suka duduk dirumah
  • tidak boleh duduk diam
  • tidak ppunya ramai anak
  • rajin dan bersemangat tinggi
  • agak boros

JUN

  • berfikiran jauh dan berwawasan
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • perangai lemah lembut
  • mudah berubah sikap, sangat banyak idea
  • bersikap sensitif
  • otak sentiasa aktif berfikir
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera alias suka menanguh-nangguh
  • sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
  • cepat marah dan cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka buat lawak dan bergurau
  • otak cerdas dan berangan-rangan
  • mudah dan pandai berkawan
  • orangnya sangat tertib
  • pandai mempamerkan sikap
  • mudah kecil hati
  • mudah terkena selesema
  • suka berkemas
  • cepat rasa bosan
  • kurang pamerkan perasaan
  • lamabt sembuh bila terluka hati
  • suka barangan berjenama
  • mudah jadi eksekutif
  • kedegilan yang tidak terkawal
  • siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

JULAI

  • seronok didampingi
  • banyak berahsia dan sukar dimengerti( terutama lelaki )
  • agak pendiam kecuali diransang
  • ada harga dan maruah diri
  • tak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
  • mudah dipujuk dan bersikap lurus
  • sangat menjaga hati orang lain
  • sangat peramah
  • emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
  • berjiwa sentimental
  • kurang berdendam
  • mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
  • tidak suka benda remeh temeh
  • membimbing cara fizikal dan mental
  • sanagat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  • layanan serupa kepada semua orang
  • tinggi daya simpati
  • pemerhatian yang tajam
  • suka manilai orang lain dengan pemerhatian
  • mudah dan rajin belajarsuka muhasabah diri
  • suka mengenang peristiwa atau kawan lama
  • suka mendiamkan diri dan duduk dirumah
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • tak agresif kecuali terpaksa
  • lemah dari kesihata bahagian perut
  • mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
  • minta disanyangi
  • terlalu mengambil berat
  • rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • suka berlawak
  • mudah tertawan kepadanya
  • sopan santun, caring terhada orang lain
  • berani dan tidak tahu takut
  • agak tegas dan bersifat berkepimpinan
  • pandai memujuk
  • terlalu pemurah dan bersikap ego
  • nilai harga diri sangat tinggi
  • dahagakan pujian
  • semanagt juang yang luar biasa
  • cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
  • sangat cemburu
  • daya permehatian tajam dan teliti
  • cepat berfikir dan berdikari
  • suka meminpin juga dipimpin
  • suka barangan-angan
  • berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
  • sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
  • mudah mendapat penyakit
  • sentiasa belajar untuk relax
  • kelam kabut
  • romantik, pengasih dan penyayang
  • suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • sangat besopan santun dan betolak ansur
  • sangat cermat, teliti dan teratur
  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • pendiam tetapi pandai bercakap
  • sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
  • sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
  • sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
  • banyak berfikir
  • daya penakakulan yang baik
  • otak bijak dan mudah belajar
  • suka mencari maklumat
  • mengawal diri dari selalu mengkritik
  • pandai mendorong diri sendiri
  • mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
  • sukakan sukan, hiburan dan melancong
  • kurang menunjukkan perasaan
  • lama menyimpan jika terluka hati
  • terlalu memilih pasangan
  • sukakan benda yang luas
  • bersistematik

OKTOBER

  • suka sembang
  • suka orang sayang padanya
  • suka ambil jalan tengah
  • sangata menawan dan sopan santun
  • kecantikan luar dan dalam
  • tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
  • sentiasa berkawan
  • hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
  • cepat marah
  • macam pentingkan diri sendiri
  • tidak menolong orang jika tidak diminta
  • suka melihat dari perspektif sendiri
  • tidak suka terima pandangan orang lain
  • emosi mudah terusik
  • suka berangan-angan dan pandai bercakap
  • emosi yang kelam kabut
  • daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
  • suka melancong, bidang sastera dan seni
  • pengasih, penyayang dan lemah lembut
  • romantik dalam percintaan
  • mudah terusik hati dan cemburu
  • ambil berat tentang orang lain
  • suka kegiatan luar
  • orang yang adil
  • boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • mudah patah semangat

NOVEMBER

  • banyak idea dalam sesuatu perkara
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
  • otak dan pemikiran yang sangat tajam
  • cara berfikir lain dari orang lain
  • berfikiran kehadapan, unik dan bijak
  • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
  • penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
  • sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
  • daya firasat sangat halus dan tinggi
  • bagus sebagai doktor
  • cermat dan teliti
  • personality dinamik
  • tidak hargai pujian
  • bercita-cita tinggi
  • terlalu degil dan keras hati
  • apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
  • sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
  • pandai mendorong diri sendiri
  • berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
  • mudah ambil berat terhadap orang lain
  • tak suka marah kecuali tergugat
  • pandai muhasabah diri
  • romantik
  • tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
  • suka duduk di rumah
  • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah
  • bersifat patriotik
  • sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • bercita-cita tinggi
  • suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • seronok didampingi
  • Pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
  • suka bercampur dengan orang
  • suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai
  • sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
  • tidak pandai berpura-pura
  • cepat marah
  • sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • perangai yang berubah-ubah
  • tidak ego walaupun harga diri yang sangata tinggi
  • benci pada kongkongan

Melayu boleh! anda pasti boleh!

Wednesday, December 31, 2008

cinta itu buta atau celik???

Cinta…. Memang hebat yang dipekatakan dengan ‘CINTA’… kerana cinta… kuserahkan diriku kepadamu.. kerana cinta… membuat diri kita indah… kerana cinta… kita rasa diri kita di sayangi dan di hargai… hem segala-galanya ‘Dia’ la ye…huhuhuhu…. Zaman kini tanpa cinta rasa x sempurna hidup ini… cinta ada dimana-mana saja… atas bawah tepi kanan kiri di merata-rata lah katakan… hebat betul la yang dikatakan ‘CINTA’ ni…

Ramai oorang kata cinta ini buta… benar ke x??? ada kata x, dan ada kata ya… yang mane benar ek… hemm dari fikiran ku… cinta ini adalah kedua-duanya… dialah madu dan dialah racun… macam-macam ada… boleh dikatakan bergitulah…

Cinta ini ada kebaikan dan ada juga keburukan… tetapi zaman sekarang kini cinta itulah indah yang membuatkan kita happy, tekenang-kenang, terangan-angan,…macam-macam ada lah katakan…

Bila kita faham erti cinta yang sebenar-benarnya barulah kita faham apa maksud cinta sebenarnya… cinta ini boleh nak dikatakan sebuah hubungan yang saling menyayangi satu sama lain… memang dalm erti cinta sebenarnya… nak cita pun susah… kalau nak diikutkan cinta ini adalah hubungan selepas berkawin je sebenarnya…tetapi dan diterbalikkannya… tapi zaman sekarang bila dikatakan cinta selepas kawin… sesetengah masyarakat mengatakan ini xseronok, xbest, kolok la, macam orang dulu2… zaman dan berubahkan kena berubahlah..macam tu lah katakana…

tahukah anda kematangan itu apa???

Ku penah terbaca dan mendengar cara cepat untuk matang adalah dengan pengalaman dan banyak berfikir… ku rasa itu benar kerana ku sudah merasainya sekarang… tapi belum mencukupi kerana ilmu ni banyak… sehingga ke mati pun tidak habis jika kita belajar… ada ungkapan yang berbunyi seperti ini, jika menulis ilmu yang ada di dunia ini dengan air yang ada di bumi ini pun tidak akan abir ilmu itu… maknanya air ¾ di bumi ini tidak cukup untuk menulis semua ilmu di dunia ini… hemm fikir-fikirkan banyak benar ilmu didunia ini… hemm ku sebenarnya dahagakan kematangan dan ilmu kerana ia dapat membantu diri kita untuk menempuh segala dugaan didunia ini… ku akan mengejar ilmu selagi ku mampu… biar susah dahulu jangan susah kemudian…

Hemm tapi dengan menanam keyakinan didalam diri kita… kita juga mampu mengharungi dugaan… kini ku lihat kebanyakan manusia malu dan tidak yakin jika ingin melakukan kebaikan… tambah anak melayu kita ni… hem apalah yang nak jadi… malu berbuat kebaikan tapi berani berbuat kejahatan.. maknanya macam menyokong syaitan la… hemm ALLAH SWT bagi akal yang tidak ternilai tetapi kita menyalahgunakannya…

Penah ku memikir untuk membuat jahat pada seseorang... ku fikir-fikir sekejap je dah dapat idea… hemm ku fikir kenapa apabila ingin berbuat jahat senang je dapat idea… hemm pelik jugak… tapi kita tidak sedar kenapa kita mudah melakukan kejahatan, kerana syaitan ada di sebelah kita dan sering mengoda kita untuk melakukan kejahatan … kita fikir jahat so dia seronok la dan bantu kita dengan memberi idea yang bernas untuk melakukan kejahatan… Tu yang mudah dapat idea… bila berfikir nak lakukan kebaikan, fikir punya fikir, tak dapat jugak idea… sebenarnya itu ALLAH SWT hendak uji sama ada kita ini setia dengan DIA atau tak… tapi kita kini sering malas untuk berfikir jika ingin melakukan kebaikan… malas tu lah ciri-ciri syaitan.. hemm bila lah umat Islam kini hendak sedar… ku seikhlas hati memohon agar ALLAH SWT akan memberi hidayah kepada hamba-hamba-MU ini… AMIN… sering-seringlah berdoa bukan untuk diri sendiri dan keluarga kita sahaja malah kepada umat Islam dan teguhkanlah hubungan silaturahim sesama umat Islam agar kita teguh membangunkan ISLAM dimata dunia dan mencegah kemungkaran… saya sudah…anda bila lagi…..

Sebenarnya umat Islam adalah keluarga kita… bermusuh dengan umat Islam sama seperti kita bermusuh dengan keluarga kita sendiri dan NABI-NABI juga… INGAT!!!, umat Islam itu ramai… NABI-NABI pun umat kita jugak… seluruh umat Islam adalh keluarga kita… bukan cakap kosong tetapi ada tertulis didalam kitab suci AL-QURAN…


Bangunlah anak-anak Melayu dan umat Islam untuk bertaubat dan insaf… kembalikanlah dirimu semua kepada-NYA… teguhkalah imam lapangkan dada dengan beringat kepada-NYA…. Dari DIA kita DATANG dan dari DIA kita KEMBALI….

percintaan zaman karang

Ciri-ciri pasangan dan umat zaman kini

Ku tahu dalam setiap pehubungan pasangan perlu ada amanah, tanggungjawab, setia, berfikiran matang, dan banyak lagi… tapi inilah yang sebaliknya berlaku pada saya… tidak amanah, setia tapi ingin hidup bebas, tidak bertanggungjawab, berfikiran matang tapi untuk kehidupan bebasnya saja… tidak amanahlah jika kita tidak tahu menyimpan rahsia pasangan masing-masing…malah menceritakan masalah pada orang luar atau lain… dalam ISLAM tu lah jika sudah berkahwin biarlah kita setia, amanah, bertanggungjawab….tetapi tidak ada masalah diceritakan pada orang lain…tidak salah pada perempuan sesama perempuan dan lelaki sesama lelaki tetapi silap orang…dalam ISLAM itulah tidak benarkan lelaki dan perempuan bergaul… akibatnya inilah…ini baru couple tidak berkahwin lagi… jika berkahwin hem hancur dibuatnya seumpama mempermainkan agama, kahwin cerai seperti permainan zaman kini… tidak ada ilmu keagaman begitulah akan terjadi, hancurlah masjid yang dibina… nak berpasangan tetapi nak hidup bebas… ISLAM adakah begitu…mungkin ada bebasnya tetapi ada batasnya tapi ini tidak nak melawan agama… nak bebas seperti budaya barat…ini dah terkeluar pada akidah ISLAM… biarlah kita setia pada yang 1… hemm entahlah akibat fikirkan kebebasan, syaitan pun membantulah untuk bebas..bebas dari agama sebenarnya… kita tidak sedarlah sebab nak berseronok…asal sedih ja tidak fikir apa dah buruknya… pakai cerita masalah pada orang lain… hemm mana amanah seorang umat ISLAM… tanggungjawab yang dipikul oleh agama ISLAM… jika dikatakan setia biarlah setia hingga ke akhir hayat… tidaklah masalah dunia dan akirat akan melanda… didunia sudah tidak teratur macam mana nanti di akirat… hemm sedarlah sebelum terlambat… itulah didalam ISLAM hendakkan berjujur…itukan sifat NABI kenapa sunnah NABI yang lain hendak diikut tetapi ini tidak… NABI sendiri bersifat jujur… biarlah kita di kenal orang lain dengan sifat yang baik jangan di kenal dengan sifat bongkak dan penipu…itu sifat syaitan… hidup bahagia di dunia tidak semestinya akan bahagia di aqirat…fikir-fikirkanlah… kehidupan yang bahagia adalah kehidupan yang diberkati ALLAH SWT…

Kita tidak sedar bahawa kita kini sudah banyak diberi peluang daripada ALLAH SWT… kita diberikan peluang untuk hidup pada hari ini dan diberi peluang kesempatan untuk bertaubat pada-NYA yang masih hidup didunia ini… tetapi kita sering lalai leka dengan duniawi ini… kita tidak sedar dengan pemberian-NYA yang tidak terharga ini… jika kita tidak diberi peluang pada hari ini dan sudah tidak ada didunia ini… nescaya sudah tiada tempat untuk kita bertaubat dan meminta keampunan kepada-NYA… justeru ingatlah ALLAH SWT YANG MAHA BERKUSA itu pun memberi peluang tambahan kita ini hanyalah ‘hamba-hamba’-NYA… fikirlah ke jalan kebenaran bukan mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan dan para-para sahabatmu… pada sebatang pohon buah, tidak semuanya buruk…